Ang Xing Xian (CEO of CapitalBay) With Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Aziz2
CapitalBay Named The Best FinTech Platform for Supply Chain Finance in Asia Pacific
May 25, 2018
Yuan & Jean
Yuan’s Internship Experience
September 6, 2018
Show all

Pemfaktoran Sebagai Penyelesaian Masalah ‘Cash Flow’ Business Anda

“Factoring” juga dikenalkan sebagai “Pemfaktoran” dalam Bahasa Malaysia. Pemfaktoran melibatkan hubungan antara syarikat pemfaktoran (CapitalBay) dan syarikat anda, di mana CapitalBay akan membeli invois anda dan memberi pembayaran awal. Kaedah ini membolehkan anda memperoleh bayaran invois lebih awal serta mengukuhkan kewangan syarikat tanpa cagaran.

Struktur kemudahan ini tidak sama seperti kemudahan pinjaman dan tidak sama seperti agensi pengumpulan hutang. Kebanyakan orang ramai mempunyai salah faham terhadap konsep kemudahan ini.

Senario

Ali memiliki perniagaan yang berjaya dan pesat berkembang dan syarikat beliau kelihatan kukuh tetapi terdapat beberapa kelemahan akibat daripada pembayaran invois yang mengambil masa antara 30 hingga 120 hari.

Masalah ini mengakibatkan kestabilan syarikat Ali terganggu sehinggakan sukar untuk menghasilkan produk yang baru kerana kos terdahulu belum dibayar pembeli dan lebih parah lagi apabila pembeli tidak mampu membayar dalam masa 30 – 120 hari. Ini turut memberi kesan seperti  gaji pekerja lambat dibayar, terpaksa membuat pinjaman lain untuk meneruskan penghasilan produk baru dan lain-lain. Ali terperangkap dengan masalah ini dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Oleh itu, pemfaktoran dikenalkan untuk menangani masalah ‘cash flow’ Ali. Pemfaktoran boleh melangsaikan bayaran invois seawal seminggu tanpa perlu menunggu 30 hingga 120 hari.Pendek kata,Ali tidak perlu lagi risau tentang bayaran invois yang lambat di samping boleh lebih fokus kepada perkara yang lebih penting seperti kualiti produk dan lain-lain.

Bagaimanakah syarikat anda boleh manfaat dengan kemudahan pemfaktoran CapitalBay?

  • Akses kepada kewangan cepat

Syarikat anda tidak perlu lagi untuk menunggu 30 – 120 hari untuk menerima pembayaran invois. Apabila syarikat anda memohon pemfaktoran, CapitalBay akan memberikan pembayaran awal dalam masa 24 jam.

  • Kelulusan untuk pembiayaan lebih mudah daripada bank

Oleh disebabkan teknologi platform kami, kemudahan pemfaktoran boleh diluluskan secepat 24 jam untuk pembiayaan syarikat anda.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

  •  Pembiayaan untuk invois RM5000 – RM5,000,000

Perkhidmatan pemfaktoran CapitalBay diperkenalkan bagi membiayai invois yang kecil/besar daripada syarikat anda dan memudahkan syarikat anda untuk lebih maju.

  • Selamat dan mudah

Perkhidmatan kami dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan platform kami mengurangkan bebanan kerja untuk buat panggilan kepada jabatan kewangan syarikat pelanggan anda untuk mendapatkan pembayaran.

Invois dijalani seperti tersebut: 

  1. Anda memberi produk/perkhidmatan kepada pelanggan yang besar anda.
  2. Salinan invois dimuat naik kepada platform CapitalBay untuk pembiayaan.
  3. CapitalBay akan memberi pembayaran awal invois kepada anda dengan segera.
  4. Pelanggan anda akan bayar invois kepada CapitalBay melalui anda (Berdasarkan terma dan syarat yang dipersetujui).

Kriteria untuk aplikasi pemfaktoran:

  • Trek rekod perniagaan
    • Bukti operasi perniagaan lebih daripada 1 tahun
  • Kredit Syarikat
    • Kredit bersih dalam CCRIS
  • Pengarah/ pemegang saham
    • Tiada rekod bankrap

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk pemfaktoran kami, anda boleh berhubung dengan perunding Relationship Manager CapitalBay dengan melayari:

 

Loading...